Saturday, April 23, 2011

huarghh.
semalam dr kol 12 sampai la ke subuh
ak wat INTRA report
stay up la ak sorg,
rndu kat rumate dlu,dlu
ade la jugak org temankan law stay up mlm
kn hanini...kalau ngn nini besenya wat sesi tgok keindahan mlm kt lua balkoni
kalau xnini,ngn wawa si bgun pagi bebute wat kje..
si nabihah ekot la law dye de keje yg segroup ngn ak,
cian dye ekot waktu ak..
bukan waktu malaysia ye..hehe
si ied kdg fedup tggu ak smpai la tertido kat sebelah
thnx temankan sepupu kau yg xsuke tdo dlu tuh
bukan ape ak an pak guard korg..hehe
si fatanah pula law sebut pasal muvie ke video ke msti dye stay up same
tgok muvie same2,ce sebut pasal asigment mst dye tertdo ngn asgmnt dye..
hehehehhe
si pija lak,kdg ade kdg xde pg2 tuh..
dye g gemukkan bdn ngn si chenta ati dye
n dye la penyebab ak mkin bsar,sbb ak sllu terliur tgok si nabihah,ied
melantak di keheningan pagi..hehehe
btw thnx pija sgup tapau bwa lek...
huuuuu,rindu kat korg T.T
rndu nk jln2 same smpai pg bute baru nk balik..
kat uma xde semua tuh,heh
sy la kaki tido awal walaupon pling last tdo..hehe

insaf

"Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang berjalan menharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini"subhanallah...

credit to kereta mayat

Tuesday, April 19, 2011

ish..ish..

huargh..ngantok...
td ak lempang adek ak
mlm2 memekak,xreti bhse tol
asl nk tdo jek ade jek sane nk nganjing sini sini ngnjing sana
mcm2 ar,sudahnyer udin lempang yg memekak lg sorg tuh
menangis!!
geram tol pangai budak2 nih
nk adil sgt an ak lempang si ejam tuh pulak
bia dua2 sakit dua2 nges
ha berbirat muke...
puas jap ar nyesal cket..:((
nih la namanyer bertindak sebelom berfikir..
sori ejamm...jgn contohi sy T.T
esok bgaduh lg,lempang lg..heh..
xserik ke sakit..
ampunkanlah daku tuhan :(

Thursday, April 14, 2011

macam-macam





assalmualaikum w.b.t
arini keje kurang cket kalau xsemalam
ak kena mendesign flyer,banner la hape
xcaye tnye ied,thnx ied bg tunjuk ajar
pd sy yg xreti nk gune itu gune ini
hehehe..
akhirnyer siap gak la an bnde tuh,
tunjuk kt bos de jek yg dye xpuas ati,
ce ckp sekali sume pe yg dye nak,
ni ak g kt dye ok x?dye comment lg
g lagi dye comment lg,
kena betolkan balik..huhuh
then da ok dye puji lak,malu...kekeke
xpe2 kurang2 skrg ak da reti gune Ps..
law x dlu haram la ak nk sentuh sbb sy xcreatif
law bab komen gambar sy sgt creatif

sebenarnyer nk citer bnde len
disebabkan arini bos xde n kje pon da settle
ak g la godeh stu2 blog then terjmpe
blog nih ha
pasal de stu page kat fb nih
dorg kumpul segala gambar2 wanita
n komen2nyer agak lucah2 la dctu
xtau la samade cite nk da lame ke x an
ak nk share gak

nape la xde otak ke g wat page cmtuh
manusia2
law nk menegor pon slh cara la
mengaibkan adelah an..
godeh2 lagi terjumpe la blog galeri wanita bertudung
korg g la tgok yek
ak cri fb dye xley view da delete kot..
bgusler...
nk tau lebih lanjut g la blog2 yg kat bwah ni
ak mls nk ulas lanjut


n korg2 berhati2 la yek.. :)


Monday, April 11, 2011

tips kuruskan badan

Ingin kuruskan badan dengan cepat dan mudah? Berikut adalah 25 tips untuk membantu anda kurangkan berat badan di Malaysia.ehehee..nih panduan utk dri sendiri dan juga rakan2..kekeke

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. 1.

    Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

  2. 2.

    Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

  3. 3.

    Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!

  4. 4.

    Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.

  5. 5.

    Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. Nak belajar caranya? Rujuk kepada eBook 25 Calorie Saving Tips saya.

  6. 6.

    Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

  7. 7.

    Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

  8. 8.

    Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

  9. 9.

    Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

  10. 10.

    Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. Gunakan tip-tip mengawal nafsu makan dalam eBook percuma 45 Craving Saving Tips.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. 11.

    Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.

  2. 12.

    Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :)

  3. 13.

    Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.

  4. 14.

    Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.

  5. 15.

    Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.

  6. 16.

    Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.

  7. 17.

    Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak). Untuk panduan yang tepat, dapatkan eBook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.

  8. 18.

    Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.

  9. 19.

    Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.

  10. 20.

    Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.nih pada yg berkahwin jek ye

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambarsebelum dan selepas.

  1. 21.

    Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.

  2. 22.

    Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.

  3. 23.

    Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.

  4. 24.

    Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

  5. 25.

    Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

  6. 26.

    Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana.


    kesedaran oh kesedaran dtg la dikau...ehehhe :D sumber from http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/