Thursday, June 9, 2011

Amalkan Surah Kursi,1000 dinar dan Al-Kahf

assalamualikum w.b.t
:)
lame da xupdate,bz gitu..
selama xupdate ni mcm2 terjadi
benda baik,bnda xbaik,
beselah lumrah manusia yang xpenah nk puas
n xpenah boleh tengok org senang cket..
xpaham aku
sepatotnyer dorg jadikan lah sbgai persaingan sehat kan
cetek betul pemikiran..
kat sini ak nk share brapa2 petua dr org berilmu dan org2 yg dah mkn bnyak garam ni

1)Amalkan surah kursi

kebanyakan kita tau an kebaikanyer,ak sndri sblom tdo mmg bce
orang kate pendinding dr segala macam kejahatan manusia atau sebagainya.
ni terbukti bler satu ari tu ak ngn adek ak g beli abc,uishh sedapnyer..hehhee
ade sorg imam ni kebetulan singgah kat gerai tu..
mkcik gerai tu pon bercerita la dulu pak imam ni de kedai runcit,
dulu dye mmg letak barang2 runcit dye kat lua kedai
macam kelapa,mesin kelapa tu kot,n brg2 len la an..
pak imam tu ckp sebelum dye tutup kedai dye bace surah kursi ni n amalkan tiap2 hari
n barang2 dye kat lua alhamdullillah la xpenah org nak amek..
pak imam tuh ckp mungkin org nk curi tuh tiba2 akan terase takut kalau nk curi,engat Allah...
kira xjd la nk curi...ha tgoklah,xyah nk pasang mangga berjela2 dgn amalkan surah kursi ni dan tawakkal pd Allah,insyallah perkara yg xdiingini bule dielakan..

marilah kita amalkan surah ini


2)Ayat seribu dinar

selepas sesuatu jd artu,de makcik ni ckp cube amalkan surah ni tiap ari ke mlm la gtu
kira surah ni kebaikanyer nak elakan perkara2 yg xdiingini seperti hasad dengki manusia..kalau slh tolong betulkan..yang penting kita berusaha nak elakan dan tawakkal la pada Allah... alhamdullilah berkesan bila diamalkan..insyallah
dan cuba pahamkan maksud ayat seribu dinar ni




3)Keutamaan membaca surah al-kahf di malam hari jumaat

credit to hamba allah

Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat” (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an:
“Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya” (HR. Ibnu Katsir)

Kesimpulannya, pada hari Jumaat disunatkan untuk umat Islam membaca Surah Al-Kahfi. Banyak kelebihan yang ada apabila kita membacanya.

Rasulullah SAW selalu membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Oleh itumembaca surah Al-Kahfi merupakan salah satu sunnah nabi dan kita digalakkan untuk mengamalkannya.

Pada kebiasaannya orang Melayu akan membaca Surah Yassin pada malam Jumaat sebagai adat. Perbuatan ini memang baik dan tidak salah. Sebagai seorang Islam kita mestilah berusaha meningkatkan amalan kita dari semasa ke semasa. Oleh itu cuba kita tukar bacaan dari surah Yassin kepada surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Kerana melakukan amalan sunnah nabi lebih utama daripada melakukan amalan sunat yang lain.

moga-moga perkongsian maklumat ini memanfaatkan kita. :)

selamat beramal!!




No comments:

Post a Comment